Thursday, June 10, 2010

Animal Planet: Lost Tapes

Mengenai makhluk-makhluk aneh yang dikatakan pernah wujud oleh sesuatu puak atau kepercayaan masyarakat tempatan di sesebuah negara. Melalui rakaman semula yang dikatakan rakaman sebenar, kita dapat saksikan cerita yang mungkin berlaku sambil diselangi dengan fakta-fakta atau info disebalik makhluk dongeng tersebut. Makhluk seperti Vampire (Pontianak kalau kat Malaysia), Serigala Jadian, Anjing dari Neraka berkepala tiga (Cerberus), Cacing Gergasi (macam cerita Tremors), Megaconda, Bigfoot, Skinwalker (werewolf gak tapi boleh berubah bila2 masa je). Siri televisyen yang bagus, lakonan semula nampak real, rakaman secara 'handheld' macam Blair Witch Project. Cerita yang mudah difahami. Tayangan selama 20 minit setiap episod.

Rating: 7/10

Wednesday, June 9, 2010

Pelawat malam

Dalam bilik asrama kolej kami tinggal berdua dan dalam rumah tersebut terdapat 3 bilik yang lain masing-masing mempunyai dua orang penghuni. Tidak ade seorang pun yang mengalami perkara aneh sebelum ni tetapi setelah diberitahu bahawa ada seorang perempuan yang pernah mengandung hasil hubungan haram beliau dengan teman lelaki mati setelah bersalin di dalam salah satu bilik tersebut, pelbagai 'lawatan' telah kami terima. 

Sebelum ini rakan kami yang berada di bilik depan telah 'dilawati' oleh makhluk yang menyerupai salah seorang rakan kami duduk bertenggek di atas almari beliau sambil berkata sesuatu. Dia juga pernah ditindih oleh makhluk berbulu lebat semasa beliau tidur pada waktu malam. Aku pun pernah melihat beliau masuk ke bilik aku pada waktu malam. Kejadian berlaku setelah aku terjaga dari tidur dan melihat beliau berdiri di sudut bilik dan apabila ditegur beliau tidak menjawab. Keesokannya aku terus bertanya kepada beliau yang menafikannya dan tiba-tiba teringat yang aku kunci pintu tersebut sebelum tidur dan tiada sesiapa pun boleh masuk ke dalam.

Sejak peristiwa tersebut, kami tidak lagi bercerita apa-apa perkara aneh yang berlaku kerana apabila diceritakan, kejadian tersebut akan berulang seakan-akan makhluk tersebut seronok bertadang mendengar cerita kami. 

Rumah Peninggalan Zaman British

Kisah ini berlaku pada zaman sekolah aku lagi. Masa itu aku menerima pelawaan rakanku untuk pergi ke kampung beliau melawat  perkampungan orang asli dimana terdapat sebuah rumah yang dikelilingi kebun buah-buahan. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan hidup subur tanpa penjagaan sesiapa kerana rumah itu telah ditinggalkan berpuluh-puluh tahun lamanya. Bangunannya masih kukuh, cuma kelihatan usang sedikit dan telah dijadikan sarang penagih. Struktur bangunannya unik, mengikut rekacipta british yang mempunyai kolong bawah tanah yang gelap dan menyeramkan.

Ia terletak berhadapan dengan sungai yang mengalir perlahan dan terdapat banyak remis di seliling pantai. Kisah misteri berlaku apabila kami bercadang untuk masuk ke dalam bangunan tersebut. Keadaan rumah tersebut agak teruk dengan barangan di dalam bersepah mungkin kerana telah dicerobohi sebelum ini. Bilik airnya terdapat kesan seperti darah kering yang lama telah ditinggalkan, mungkin juga bekas tanah. Yang menghairankan adalah semua yang berada di dalam rumah tersebut terdengar seakan-akan bunyi biola yang sayup kecuali aku.

Mereka semua mengaku mendengar bunyi tersebut dan aku menafikan benda tersebut berlaku kerana aku tidak mendengar atau melihat malah tidak merasa benda-benda aneh berlaku. Semua mengatakan bunyi tersebut datang dari rumah tersebut. Aku yang musykil ingin menyiasat dengan lebih lanjut dan ingin turun ke kolong kerana mungkin bunyi tersebut datang dari kolong bawah tanah tapi dihalang. Jadi kami teruskan aktiviti lain seperti biasa dan anggap perkara tersebut khayalan sahaja. Mungkin berkat hasil memberi salam apabila masuk ke rumah tersebut menyebabkan aku tidak mendengar apa-apa tapi kalau salam dijawab mungkin aku yang ambil langkah seribu dahulu.

Sunday, June 6, 2010

The Horde 2010 (Perancis)

Berkisarkan tentang sekumpulan polis yang berang dengan pembunuhan ke atas rakan mereka oleh sekumpulan samseng menyerbu bangunan yang merupakan markas jenayah mendapati mereka semua telah bertukar menjadi zombi yang ganas dan kelaparan. Ceritanya agak perlahan dan zombinya tidak banyak muncul pada awal cerita dan banyak masanya dengan berbual dan bertelagah sesama sendiri. tetapi babak dimana  mereka diserang oleh sekumpulan zombi yang menggila merupakan babak yang menarik dan mencemaskan 

Watak yang paling menonjol merupakan seorang lelaki tua yang menggunakan kapak untuk melawan zombi2 ini dan kemudian bertukar menggunakan senjata api. Mereka tidak menceritakan dimana asal usul zombi ini dan bagaimana ia boleh terjadi. Filem ini merupakan filem yang penuh dengan babak berdarah dan mengerunkan tetapi kurang kreatif dan jalan cerita yang tidak asli. Sesuai ditonton sebagai hiburan sahaja. 6.5/10 kerana aksinya yang agak perlahan dan banyak terhenti.



Misteri Gunung Ledang

Banyak pengalaman misteri yang berlaku pada rombongan kami semasa mendaki Gunung Ledang. Kami tidak menjangka akan berlaku perkara sedemikian. Pada hari pertama mendaki, tiada pengalaman aneh yang berlaku dan mendaki seperti orang lain. Penatnya memang tidak terkata, peluh membasahi seluruh tubuh dan muka. Setelah sampai di tapak perkhemahan yang digelar Kolam Anak Gajah, kami semua mendirikan khemah.

Terdapat juga rombongan lain yang sampai terlebih dahulu dari kami. Terdapat sungai yang dipenuhi ikan-ikan kecil di dalamnya, airnya yang sungguh sejuk sampai ke tulang. Kami dijangka akan bertolak menuju ke puncak dari tapak perkhemahan dalam lingkungan 2.00 pagi kerana itu yang ditetapkan oleh ranger yang bersama kami kerana mereka nak kami sampai pada waktu matahari terbit.

Sampai pada masanya , kami perlengkapkan diri dengan lampu suluh dan malangnya ramai yang tidak bersedia. Aku terpaksa mengalah dan bertemankan cahaya lampu dari temanku yang di belakang. Tiada benda aneh yang berlaku sepanjang perjalanan kecuali seorang dari kami yang jalan mendahului semua yang lain dan ditemani seorang ranger. Beliau sampai di sebuah gua kecil yang terdapat mata air mengalir darinya dan semasa dia hendak mengambil air tersebut, beliau ternampak seseorang yang berpakaian ala pendekar berdiri di atas puncak gua memerhatikan beliau.

Beliau mendiamkan diri dan kemudian dihampiri oleh ranger tersebut dan berbisik supaya tidak berkata sepatah pun pada pendekar tersebut. Ranger tersebut berkata itu adalah makhluk yang dipanggil 'bunian ' dan kami telah sampai ke perkampungan mereka. Andai ditegur, maka beliau akan dapat masuk dalam  dunia mereka dan kemungkinan untuk pulang adalah kecil. Setelah beberapa minit memerhatikan, pendekar tersebut berlalu dari tempat tersebut dan sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.

Kami tidak tahu tentang peristiwa tersebut sehinggalah diceritakan semasa kami semua berada di puncak Gunung Ledang. Kami tidak terlalu memanjangkan cerita dan anggap itu satu pengalaman yang menarik. Pada hari yang sama kami turun kembali ke tapak perkhemahan dan berlaku peristiwa kedua yang lebih misteri. Pada malam tersebut, kami tidak ada aktiviti yang istimewa cuma bernyanyi dan berborak2. Seorang ranger berpesan pada kami supaya tidak tidur lebih dari pukul tiga kerana takut mengganggu rombongan lain dan kami tidak membantah.

Sedang nyenyak tidur, aku tiba-tiba tersedar mendengar suara seseorang yang aku sangka salah seorang ranger dengan lantangnya membangunkan kami supaya solat subuh dan tangannya dilalukan di sekeliling khemah. Aku bangun dan membuka zip pada tingkap kecil di khemah tersebut untuk melihat kerana ada cahaya diluar. Aku tersentak setelah melihat jam menunjukkan pukul 3.15 pagi. Menganggap sebagai gurauan rakan, aku tidur kembali.

Setelah bangun pada subuh yang sebenarnya, seorang kawanku berkata beliau terdengar suara keras yang mengejutkan pada pagi itu juga seperti yang aku dengar dan beliau menafikan yang ada kawan yang lain bergurau kerana semuanya masuk tidur sebelum pukul 3. Setelah ditanya pada ranger, beliau berterus-terang menyatakan sebab kenapa disuruh tidur sebelum pukul 3 kerana pada waktu itu lah makhluk-makhluk bunian ini mengganggu manusia seperti yang berlaku setiap malam. Sekarang baru aku sedar kenapa kami perlu tidur sebelum pukul 3 dan kenapa kami mendaki pada pukul 2 pagi malam sebelumnya. Kisah ini adalah perkara sebenar yang berlaku pada aku.

Saturday, June 5, 2010

Wad Dua

Kisah ini berlaku semasa adik saya ditempatkan di wad 2 di atas bukit berhadapan dengan bilik pembedahan yang sudah tidak digunakan lagi di sebuah hospital kerajaan. Semasa adik saya berada di wad tersebut beliau tidak pula melalui pengalaman yang aneh atau seram, cuma kadang-kadang remangan bulu roma adalah perkara biasa. Saya juga pernah mengalami perasaan sedemikian semasa melawat beliau dan pernah melihat kelibat seseorang yang aneh berjalan menunduk pada malamnya tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia berpakaian pesakit. Pernah juga saya terlihat seekor tupai berlari di atas bumbung bangunan pembedahan tersebut dan yang hairannya ia berwarna putih.

Adik saya berada di dalam wad itu agak lama dan terpaksa ditemani oleh ibu saya kerana hendak membantu beliau yang tidak boleh berjalan dengan sempurna. Kemuncak pengalaman seram itu berlaku setelah seorang yang ditempatkan di sebelah wad beliau diganggu makhluk yang dikenali sebagai 'Pontianak'. Beliau menceritakan sendiri bagaimana ia berlaku. Beliau ditempatkan seorang diri di wad tersebut yang mempunyai hanya dua katil bersebelahan. Pada malam tersebut beliau tidur seperti biasa setelah diberikan ubat oleh jururawat.

Dalam sedang enak beliau tidur, beliau terdengar seperti seseorang menangis teresak-esak, sayu dan terlalu dekat dengan beliau. Beliau terkejut tetapi tidak membuka mata dan cuba untuk tidur kembali. Setelah beberapa minit, tiada bunyi yang kedengaran. Beliau memberanikan diri untuk membuka mata. Setelah matanya terbuka luas, beliau terkejut dan menggigil ketakutan setelah melihat sesusuk tubuh putih berambut panjang berbaring di sebelah katil beliau dan memandang tepat ke arah beliau dengan matanya yang merah menyala itu. Beliau terus menutup mata dan berpaling ke arah yang bertentangan sambil mulut terkumat-kamit.

Setelah beberapa minit berada dalam keadaan terkejut, kedengaran azan subuh berkumandang dan mengurangkan rasa takut beliau. Keesokan paginya, beliau memberitahu isterinya dan seorang bomoh telah datang untuk menyemah bilik tersebut. Bomoh tersebut mengatakan bahawa makhluk tersebut adalah seorang wanita yang telah mati bersalin di wad tersebut. Beliau kemudian minta ditukarkan ke wad lain.

Thursday, June 3, 2010

Hantu Puncak Datang Bulan 2010

Berkisar tentang seorang wanita mati terjatuh semasa beliau datang bulan di dalam sebuah rumah. Sesiapa yang menginap di rumah tersebut diganggu hantu beliau. Mengarut je cite ni tapi boleh la tengok untuk suka-suka je. Dibanned di Indonesia untuk tayangan panggung kerana terlalu ganas dan lucah. Tapi ni dah censored sedikit.. Hehe.



Download Link:
http://rapidshare.com/files/393490130/Hantu.Puncak.Datang.Bulan.2010.DVDrip.part1.rar
http://rapidshare.com/files/393491477/Hantu.Puncak.Datang.Bulan.2010.DVDrip.part2.rar
http://rapidshare.com/files/393491206/Hantu.Puncak.Datang.Bulan.2010.DVDrip.part3.rar
http://rapidshare.com/files/393491267/Hantu.Puncak.Datang.Bulan.2010.DVDrip.part4.rar
http://rapidshare.com/files/393491080/Hantu.Puncak.Datang.Bulan.2010.DVDrip.part5.rar
http://rapidshare.com/files/393495053/Hantu.Puncak.Datang.Bulan.2010.DVDrip.part6.rar

*Untuk 18 tahun ke atas sahaja tau..