Wednesday, June 30, 2010

The Blair Witch Project

Filem yang menjadi fenomena dalam perfileman dan menjadi ikutan sesetengah filem dari segi rakamannya secara 'handheld' untuk menunjukkan ketakutan sebenar berdepan dengan situasi yang menyeramkan dan seperti mengalaminya sendiri. Filem ini pada mulanya disangkakan sebagai benar-benar berlaku disebabkan jalan ceritanya disampaikan secara dokumentari dengan temubual yang dilakukan oleh pelakon terhadap kononnya penduduk setempat dimana berlakunya mitos tersebut. Ia seakan-akan dokumentari sebenar walhal cuma lakonan sahaja malah pelakonnya masih hidup setelah filem ini selesai. Malah filem ini diwujudkan sekali dengan laman web yang 'backup' lagi cerita yang berlaku di bandar Utara Tengah Maryland.



Filem ini mengisahkan tentang 3 orang pelajar membuat dokumentari tentang mitos sihir Blair yang dikatakan berlaku pada abad ke 17 dimana beberapa orang kanak-kanak hilang dan disyaki dibunuh untuk diambil darahnya untuk penyihiran. Elly Kedward dikatakan pelaku tersebut dan  dihalau serta dianggap mati oleh penduduk di bandar tersebut. Sejak itu berlaku beberapa pembunuhan kanak-kanak yang hilang dan mayat mereka dijumpai dalam keadaan ngeri.

3 orang pelajar tersebut menemubual beberapa orang penduduk dan mencari lokasi tempat berlakunya peristiwa seram itu berlaku. Mereka dilaporkan hilang setelah masuk ke dalam hutan tersebut dan hanya kamera video mereka yang dijumpai. Jalan ceritanya adalah berdasarkan rakaman mereka. Filem ini boleh dikatakan seram jika dihayati ceritanya dan dianggap dokumentari sebenar. 8/10 untuk filem ini kerana jalan ceritanya yang asli dan menyeramkan.

No comments:

Post a Comment