Wednesday, June 9, 2010

Rumah Peninggalan Zaman British

Kisah ini berlaku pada zaman sekolah aku lagi. Masa itu aku menerima pelawaan rakanku untuk pergi ke kampung beliau melawat  perkampungan orang asli dimana terdapat sebuah rumah yang dikelilingi kebun buah-buahan. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan hidup subur tanpa penjagaan sesiapa kerana rumah itu telah ditinggalkan berpuluh-puluh tahun lamanya. Bangunannya masih kukuh, cuma kelihatan usang sedikit dan telah dijadikan sarang penagih. Struktur bangunannya unik, mengikut rekacipta british yang mempunyai kolong bawah tanah yang gelap dan menyeramkan.

Ia terletak berhadapan dengan sungai yang mengalir perlahan dan terdapat banyak remis di seliling pantai. Kisah misteri berlaku apabila kami bercadang untuk masuk ke dalam bangunan tersebut. Keadaan rumah tersebut agak teruk dengan barangan di dalam bersepah mungkin kerana telah dicerobohi sebelum ini. Bilik airnya terdapat kesan seperti darah kering yang lama telah ditinggalkan, mungkin juga bekas tanah. Yang menghairankan adalah semua yang berada di dalam rumah tersebut terdengar seakan-akan bunyi biola yang sayup kecuali aku.

Mereka semua mengaku mendengar bunyi tersebut dan aku menafikan benda tersebut berlaku kerana aku tidak mendengar atau melihat malah tidak merasa benda-benda aneh berlaku. Semua mengatakan bunyi tersebut datang dari rumah tersebut. Aku yang musykil ingin menyiasat dengan lebih lanjut dan ingin turun ke kolong kerana mungkin bunyi tersebut datang dari kolong bawah tanah tapi dihalang. Jadi kami teruskan aktiviti lain seperti biasa dan anggap perkara tersebut khayalan sahaja. Mungkin berkat hasil memberi salam apabila masuk ke rumah tersebut menyebabkan aku tidak mendengar apa-apa tapi kalau salam dijawab mungkin aku yang ambil langkah seribu dahulu.

No comments:

Post a Comment