Saturday, June 12, 2010

Electronic Voice Phenomenon (EVP)



EVP atau fenomena suara elektronik ialah bunyi yang terhasil dari 'noise 'sesuatu peralatan electronik yang menyamai sebuah percakapan atau penyataan yang terhasil dari rakaman yang tidak disengajakan. Bunyi tersebut juga berpunca dari statik, transmisi radio dan 'noise' latarbelakang. Ia juga boleh berlaku melalui frekuensi radio yang terhasil dari gelombang elektromagnet seperti menerima panggilan dari si mati tetapi selalunya berlaku secara kasar dan ringkas serta berlaku sekali sahaja.

Bunyi-bunyi yang terakam biasanya melibatkan roh-roh yang gentayangan ataupun dikatakan rohnya tidak tenang mungkin kerana seseorang itu mati dibunuh atau kemalangan maut. Bunyi yang terhasil adalah tidak disengajakan dan  tidak didengari semasa rakaman berlaku tetapi dapat didengar apabila dimainkan kembali. Kebanyakannya perlu diedit dahulu seperti ditapis 'noise' yang wujud pada latar belakang sebelum di mainkan semula. Hasil terakhir itulah dapat kita dengar suara seakan-akan manusia meminta tolong atau pun suara tidak puas hati makhluk tersebut mungkin berlaku sebelum mereka mati.

Ada juga kes dimana rakaman dibuat untuk merakam pergerakan beratus-ratus kaki di dalam tanah tetapi rakaman yang dimainkan semula merupakan seperti rakaman sekumpulan manusia meraung dan menangis seperti mereka diseksa.. Ada juga rakaman yang jelas didengar tanpa perlu tapisan dibuat.

No comments:

Post a Comment