Wednesday, June 9, 2010

Pelawat malam

Dalam bilik asrama kolej kami tinggal berdua dan dalam rumah tersebut terdapat 3 bilik yang lain masing-masing mempunyai dua orang penghuni. Tidak ade seorang pun yang mengalami perkara aneh sebelum ni tetapi setelah diberitahu bahawa ada seorang perempuan yang pernah mengandung hasil hubungan haram beliau dengan teman lelaki mati setelah bersalin di dalam salah satu bilik tersebut, pelbagai 'lawatan' telah kami terima. 

Sebelum ini rakan kami yang berada di bilik depan telah 'dilawati' oleh makhluk yang menyerupai salah seorang rakan kami duduk bertenggek di atas almari beliau sambil berkata sesuatu. Dia juga pernah ditindih oleh makhluk berbulu lebat semasa beliau tidur pada waktu malam. Aku pun pernah melihat beliau masuk ke bilik aku pada waktu malam. Kejadian berlaku setelah aku terjaga dari tidur dan melihat beliau berdiri di sudut bilik dan apabila ditegur beliau tidak menjawab. Keesokannya aku terus bertanya kepada beliau yang menafikannya dan tiba-tiba teringat yang aku kunci pintu tersebut sebelum tidur dan tiada sesiapa pun boleh masuk ke dalam.

Sejak peristiwa tersebut, kami tidak lagi bercerita apa-apa perkara aneh yang berlaku kerana apabila diceritakan, kejadian tersebut akan berulang seakan-akan makhluk tersebut seronok bertadang mendengar cerita kami. 

No comments:

Post a Comment