Sunday, June 6, 2010

Misteri Gunung Ledang

Banyak pengalaman misteri yang berlaku pada rombongan kami semasa mendaki Gunung Ledang. Kami tidak menjangka akan berlaku perkara sedemikian. Pada hari pertama mendaki, tiada pengalaman aneh yang berlaku dan mendaki seperti orang lain. Penatnya memang tidak terkata, peluh membasahi seluruh tubuh dan muka. Setelah sampai di tapak perkhemahan yang digelar Kolam Anak Gajah, kami semua mendirikan khemah.

Terdapat juga rombongan lain yang sampai terlebih dahulu dari kami. Terdapat sungai yang dipenuhi ikan-ikan kecil di dalamnya, airnya yang sungguh sejuk sampai ke tulang. Kami dijangka akan bertolak menuju ke puncak dari tapak perkhemahan dalam lingkungan 2.00 pagi kerana itu yang ditetapkan oleh ranger yang bersama kami kerana mereka nak kami sampai pada waktu matahari terbit.

Sampai pada masanya , kami perlengkapkan diri dengan lampu suluh dan malangnya ramai yang tidak bersedia. Aku terpaksa mengalah dan bertemankan cahaya lampu dari temanku yang di belakang. Tiada benda aneh yang berlaku sepanjang perjalanan kecuali seorang dari kami yang jalan mendahului semua yang lain dan ditemani seorang ranger. Beliau sampai di sebuah gua kecil yang terdapat mata air mengalir darinya dan semasa dia hendak mengambil air tersebut, beliau ternampak seseorang yang berpakaian ala pendekar berdiri di atas puncak gua memerhatikan beliau.

Beliau mendiamkan diri dan kemudian dihampiri oleh ranger tersebut dan berbisik supaya tidak berkata sepatah pun pada pendekar tersebut. Ranger tersebut berkata itu adalah makhluk yang dipanggil 'bunian ' dan kami telah sampai ke perkampungan mereka. Andai ditegur, maka beliau akan dapat masuk dalam  dunia mereka dan kemungkinan untuk pulang adalah kecil. Setelah beberapa minit memerhatikan, pendekar tersebut berlalu dari tempat tersebut dan sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.

Kami tidak tahu tentang peristiwa tersebut sehinggalah diceritakan semasa kami semua berada di puncak Gunung Ledang. Kami tidak terlalu memanjangkan cerita dan anggap itu satu pengalaman yang menarik. Pada hari yang sama kami turun kembali ke tapak perkhemahan dan berlaku peristiwa kedua yang lebih misteri. Pada malam tersebut, kami tidak ada aktiviti yang istimewa cuma bernyanyi dan berborak2. Seorang ranger berpesan pada kami supaya tidak tidur lebih dari pukul tiga kerana takut mengganggu rombongan lain dan kami tidak membantah.

Sedang nyenyak tidur, aku tiba-tiba tersedar mendengar suara seseorang yang aku sangka salah seorang ranger dengan lantangnya membangunkan kami supaya solat subuh dan tangannya dilalukan di sekeliling khemah. Aku bangun dan membuka zip pada tingkap kecil di khemah tersebut untuk melihat kerana ada cahaya diluar. Aku tersentak setelah melihat jam menunjukkan pukul 3.15 pagi. Menganggap sebagai gurauan rakan, aku tidur kembali.

Setelah bangun pada subuh yang sebenarnya, seorang kawanku berkata beliau terdengar suara keras yang mengejutkan pada pagi itu juga seperti yang aku dengar dan beliau menafikan yang ada kawan yang lain bergurau kerana semuanya masuk tidur sebelum pukul 3. Setelah ditanya pada ranger, beliau berterus-terang menyatakan sebab kenapa disuruh tidur sebelum pukul 3 kerana pada waktu itu lah makhluk-makhluk bunian ini mengganggu manusia seperti yang berlaku setiap malam. Sekarang baru aku sedar kenapa kami perlu tidur sebelum pukul 3 dan kenapa kami mendaki pada pukul 2 pagi malam sebelumnya. Kisah ini adalah perkara sebenar yang berlaku pada aku.

4 comments:

  1. phew...! lemah semangat den nak p gunung ledang T.T
    [telan liur berkali-kali]

    ReplyDelete
  2. Sy ad plan nk p ...n tertarik dgn kisah ni..

    ReplyDelete
  3. Pengalaman aku mendaki gunung ledang tahun 2015..ade seorang pendaki ni,bkn group aku..mase die mendaki dr bwh..die menyanyi je..nmpk suke sgt..x smpi 300 meter mendaki..meracau macam org gila..
    P/s aku..mne2 port mndki ni..pasang niat baik2..jgn bt bising..mklumlah tempat orgkan..compom die marah kita kacau tmpt die..tu je aku nk kongsi pasal gunung ledang.

    ReplyDelete
  4. Pengalaman mendaki pd tahun 1994 bulan 6 dan bulan 12.. tanpa jurupandu . Hanya pengalaman sbg budak kampung..dikala umur 17 tahun. . Alhamd.. sampai di puncak .. memang misteri.. kenangan 25 tahun lalu tetap dalam ingatan..

    ReplyDelete